Thursday, November 10, 2011

dunia baru


mana-mana insan yang tak pernah kenal terfaktab boleh la pergi bawak-bawak bertaubat dan bukak hati berkenalan dengan beliau. beliau terfaktab adalah sejenis blog yang cerita pasal cinta tapi bukanlah type yang jiwang meleleh namun ianya adalah kompilasi setori yang mampu buat insan yang baca blog tersebut terasa seperti berada di dunia lain. bukan sahaja sesuai dibaca tatkala jiwa rabak, malah ketika kebahagiaan melanda hubungan anda, lebih bahagia terasa bila bersama terfaktab. acewah... over dok kalu describe terfaktab gitu?

aku stat kenal terfaktab lepas baca sokerleaks. disebabkan aku minat tak sikit perihal bola ni, aku kerap jugeklah jenguk sokerleaks. haa tu pun lepas sokerleaks femes lepas wat intebiu dengan golkiper mesia apek lepas menang piala aff suzuki taun lepas. maknenye aku kenal terfaktab pun lepas beberapa bulan terfaktab wujud di muka bumi ini. lepas kenal terfaktab, aku dah macam addict dengan blog ni. semua yang aku baca mudah sangat nak paham, hadam, gembira dan riang ria tatkala membaca entri baru kat terfaktab. bunyik cam tipu tapi tu la hakikat yang aku terpaksa terima lepas tangkap cintan ngan terfaktab.

dari zaman aku bahagia ngan balak, sampai aku rabak kuciwa clash, lepas tu sampailah aku kapel balik ngan balak aku tu, lepas tu clash lagi. memang terfaktab jadi motivator aku. masa tengah rabak tu la, belek-belek balik entri yang sesuai untuk mengubati jiwa kusut. takdela maksud aku yang terfaktab ni boleh tenangkan jiwa handred persen, tapi entri rabak terfaktab somehow link kita kepada tuhan. bukan cinta sesama homo sapien je, tapi jugak cinta dengan femili dan yang maha pencipta. kalau dulu, aku bleh layan terfaktab sampai tinggal-tinggal solat tau haa... *pengakuan taktau malu. tapi lepas lama-lama kenal hati budi terfaktab yang jugak bawak aku kepada cinta yang Maha Besar, sekarang ni kalau baca entri sparuh pun boleh setop gi solat dulu. lepas tu sambung baca balik lepas aminkan doa. haa... positif tak blog ini?hihihi...


skuad terfaktab bagi aku semua bes-bes and ada kualiti serta kelebihan masing-masing. setiap writer yang pernah keluar masuk memegang jawatan sebagai pencerita kat terfaktab ni, tak pernah pun aku rasa tak bes. bila ada je orang baru join skuad terfaktab, aktiviti selongkar blog dorang mesti takkan aku lepaskan. kehkeh. seronok. macam kenal satu femili yang sangat penuh ngan kasih sayang tapi gila-gila gitu. kalau bayangkan terfaktab ni satu femeli, aku selalu imagine yang lord zara as kakak sulung, nama nami tu abang paling tua, aqram abang jugak, tapi bawah nami sikit. lepas tu yang lain-lain adik-adik pangkat bawah dorang. brader leplep, aku taktau nak letak paling tua ke hape, sebab puaka melampau. ulii azman macam yang bongsu. hee...


lepas kenal terfaktab jugak, aku kenal blog-blog projekomrad dorang yang lain. pseudosains, sarkasis, dan kontrol histeria. seronok baca blog-blog ni semua. tapi mostly kawan-kawan aku tak layan sangat ape yang aku baca ni. aku pun tak paham ape benda yang dorang pikir sampai tak se eksaited aku nak belek blog terfaktab. kesian dorang kan? 


tahniah jugak diucapkan kepada terfaktab sebab berjaya hasilkan baby terfaktab #1 dan selamat sampai ke pintu rumah aku beberapa minggu yang lepas. terus terang cakap, tak puas hati langsung aku baca buku tu! apsal nipis sangat? macam risalah kempen kebersihan je kenipisan nye tu. next buku wat tebal-tebal oke bebeh? tapi ada tapi, walopon nipis namun padat jugak isinye. ulang-ulang kali aku baca. bukan sebab takpaham ke hape, tapi sebab nipis sangat. rase cam tipu je boleh abis bace lam masa taksampai dua jam. 


selamat berumur satu tahun wahai terfaktab yang dikasihi. semoga terfaktab terus sukses walopon ada beberapa golongan yang takpuas hati dengan kewujudan terfaktab, yang dianggap terlalu mengagungkan cinta dan hidup berpasangan. ignore je la orang-orang yang langsung tak memajukan apa benda yang korang wat selama ni ye dak? aku sokong korang sampai beranak pinak bercucu cicit. tu pun kalau aku mampu mengadap kompiter lagi la. stailo jugek aku di masa hadapan; nenek layan terfaktab. muehehe... adios.


btw, ni fb aku kalau-kalau terasa nak kontek. merryayohmat. 



5 comments:

  1. hahahaha.

    ok. aku gelak.

    terima kasih ya!

    ReplyDelete
  2. wao orang pemes drop komeng kat sini.wehooo...
    tenkiu bos.

    ReplyDelete
  3. aku pun nak belajar terfaktab la

    ReplyDelete
  4. jangan tinggal tinggal lagi.. babab nanti.. kikiki

    ReplyDelete
  5. memang best terfaktab tuu .

    done following .

    http://www.coretpujangga.blogspot.com

    ReplyDelete