Tuesday, June 28, 2011

perhubungan- haruslah berhubung

it came across my mind suddenly after reading an entry from my gorgeous and lovely law lecturer, madam Hanum about a relationship. komunikasi sangatlah penting lam hubungan. tak kiralah antara bf-gf, suami-isteri, kakak-adik, abang-adik, mak-anak, ayah-anak, receptionist-customer, hatta antara abangjualikanpasarborong-saya sekalipun. kalau tak ada komunikasi, macam mana hubungan nak mekar subur harum mewangi dan berseri-seri kan?

sekarang saya nak crita pasal komunikasi antara bf-gf. tipikal drama la kalau satu kapel tu gaduh sebab jarang contact. mesti kena contact 24-7. "awak makan, awak tidur, awak berak, awak online, awak main game, awak masak, awak mandi, awak tengok tibi smua wajib bagitau.kalau tak, kita putus!" adeh,sakit tak kalu dapat partner yang macam ni? fine, the 1st week of the relationship boleh la tahan lagi kot, sayang punya pasai. tapi kalu dah masuk tahun 2 kapel,tahan ke nak report smua kat awek?

tapi kan, berdasarkan pengalaman *cewah* saya, dah jumpa few types of person in relationship regarding how they want to communicate and make sure we contacting each other. yang mula-mula, nombor 1. dia jenis yang kena mesej je selalu. bangun tido kejut subuh *baik giloh* then nak gerak gi tempat belajar kene bagitau. dah sampai, report. belajar kat tempat sama, tapi sangat jarang jumpa. kalau selisih pun wat tatau je. tu pasal kitorang kapel tak ramai yang perasan. kalau jumpa pun, kejap je sebab saya selalu kirim nasi bungkus kat dia. kitorang dating pun sangat jarang, sebab family tak tahu saya kapel, maka kalau nak keluar kena create banyak sangat alasan takut kantoi. lebih kurang tiga bulan kapel, saya kena belajar jauh plak. masih lagi mesej macam biasa, walaupun dah busy sangat *setadi hard la kunun* . tapi tak tahu kat mana silap kan, almost enam bulan kapel jarak jauh gitu, dia dah ada awek lain plak. haa, tengok. sekerap mana contact pun tak tahan lama jugak. well, ada banyak la faktor penyebab dia ada awek lain tu, maybe taksuka hubungan jarak jauh. maybe dah boring. maybe dah memang dia nak break up awal awal lagi tapi taksampaihati nak bagitau. saya pun tak tanya banyak, dia mintak break, saya terus cakap yes. *tengah emothen menyesal cakap yes tapi takkan nak terhegeh hegeh mintak kapel balik.maluuu


nombor 2 quit unik la sebab saya kenal dia dah dua tahun tapi tak pernah jumpa. hubungan macam ni la sangat memerlukan komunikasi. sebab dia kerja kat kota singa, so memang rate nak mesej tu sangat la tinggi. kos weh, saya ni setadi lagi.*tapi gedik nak belaki* so atas ketidakmampuan tersebut maka jaranglah saya menelefon nombor 2. tapi untunglah dapat yang paham, dia selalu call saya. hihi. almost every night lepas kerja, dia akan call. setiap hari kitorang cerita apa yang kitorang buat hari tu, apa yang jadi, gosip, ngumpat, gelak, nangis. eheh. tapi yang ni pun tak tahan lama, sebab dia sangat nak tumpukan kat kerjaya. cita-cita tinggi sangat, tak sempat dah nak layan awek. so, saya let go je lah. sebenarnya tak ada masalah komunikasi la kat sini, kan?

nombor 3 pulak, lebih kurang sama macam nombor 1 sebab selalu mesej, call. walaupun jauh, tetap contact. kesimpulannya kredit tu tak pernah kosong untuk tempoh yang lama la. and yes, masih teguh bersatu dan utuh sampai sekarang. tanak cite banyak sal nombo3. nati dia malu.ekeke...

dah jadi tradisi bagi diri saya ni kot bercinta jarak jauh je. entah, dah terbiasa. kalau rindu-rindu tu, pandai-pandai la nangis pujuk diri sendiri. oke, selain komunikasi yang setiap hari macam ni, satu lagi jenis komunikasi yang sangatlah penting bila perhubungan tu dilanda problemas.

pompuan ni jenis insan yang selalu suka bertindak bertentangan dengan apa yang dia rasa bila dia tengah nak merajuk. *berdasarkan kajian terhadap testimoni iaitu diri sendiri* dan laki tu sepatutnye pandai-pandai la belajar untuk paham benda tu. ye dak? contoh nye

"syg,syg merajuk ke abg gi pasar lepas tu lepak kedai mak timah tak bagitau syg?"

*lepas 7-9 minit baru si syg reply*

"eh, mane ade. syg suke je abg beramah mesra dengan mak timah tu"

"haa, oke la kalau gitu. syg watpe ni? eh, anak mak timah tadi tu comel la. baru darjah satu dah pandai mesin kelapa dalam beberapa saat je. hebak betul."

-_-"


ummph...i majok!

takde sensitiviti langsung. haa gitu lah laki ye dak? tapi takde lah semua laki gitu kan? ade je yang betui-betui paham ngan si gadis dia. haish, sweet betul. rajin je pujuk sampai si gadis pulak tak sampai hati nak merajuk lama-lama. serunuk kan gitu? ehheee... 

err, yang adegan pujuk-memujuk ni ada kaitan dengan komunikasi tak? bongok, atas tu kan dah cakap tulis.

kbai.

kecek sikit: apa yang ingin ditekankan disini ialah, komunikasi sangat penting dalam setiap perhubungan. tak payah explain pun korang boleh pikir sendiri lah. kan?

Monday, June 27, 2011

KALAU

'kalau' tu perkataan paling aku gemar sebab dengan 'kalau' ni macam-macam boleh jadi, macam-macam boleh buat. anything is possible.heheh.

'kalau' yang nak dibawak sembang harini bertajuk "kalau aku ada rm1 juta". indah nyo lah braso kalu ado pitih staro tu. sebenarnya nak letak dolar amareka menggantikan rm tu, tapi nampak macam tamak sangat la pulak, ye kan? cukup la agak nye kalau letak ringgit malaysia pun.

kalau ada itu wang ka, lots of things listed to be done. ekeke...jom-jom senarai. meh tengok... benda-benda yang aku nak wat ni dah disenaraikan mengikut turutan, yang mana satu aku nak wat dulu. letcigo cekidaut.....

1. siapkan rumah umi ayah kat kampung tu
2. kahwin (wajib ni, wajib yang ni dulu
3. bawak umi, ayah, laki aku, mak laki aku, ayah laki aku naik haji.
4. beli rumah mampu milik (bangelo)
5. bayar pinjaman MARA
6. beli kereta mini cooper satu, VW newbeetle satu, vespa comel dua tiga bijik.
7. wat bisnes makan-makan.
8. yang ni, kira duit lebih-lebih la kan? wat beli lampin anak, susu anak, shoping, beli barang dapur, belanja kawan-kawan minum kopi.

kena explain satu-satu ke senarai tu? yang 1 malas nak explain. pandai-pandai la pikir sendiri. yang seken, kawin.haa yang ni aku kata wajib dulu sebelum yang lain-lain sebab yang lain-lain kat bawah dia semua aku nak wat bersama laki aku dengan bahagia nya. *romentik kan saya ni.kan awak kan?* lepas tu nak sangat pergi haji sengan femili. kalau boleh nak haji je terus, taknak umrah. lepas haji ni, baru la pegi umrah pulak,kan?hehe..

lepas tu, lepas tu nak beli rumah mampu milik untuk happy femili nanti. tak payah la besar sangat kn? setakat rumah yang ambik masa 2,3 hari nak cuci sawang tu pun, oke la.. lepas tu nak setel hutang yang duk pakai tiap tiap bulan daddy MARA kasi tu. ape ingat dia kasi free ka? kena bayar balik tahu? daddy MARA ni pun satu, 80ribu pun nak berkira kan? kira halal je pun takpela, aku tak kisah.muhaha...

yang senarai nombor 6 tu memeang impian angan-angan sejak dari aku baby lagi. *over.sape pecaya dia ngeng* sebab pada mata aku la, mini, vw newbeetle n vespa sangatlah comel. walopon aku tak tahu satu haram pun ilmu pasal vespa, tapi keinginan untuk memiliki tu sangatlah tinggi dan membiak membuak-buak.

 dapat yang macam ni pun aku bersyukur ahamdulillah dah


lepas tu wat bisnes makan-makan. yela, duit banyak kalu tak digunakan untuk plan masa hadapan tak cerdik jugak namenye kan? buat bisnes adalah salah satu cara yang bijak nak kasi duit beranak pinak ramai-ramai sekaligus menjamin masa hadapan yang lebih cemerlang. kenapa makan-makan? sebab aku suka makan. tu je jawapan paling simple aku boleh bagi. malas nak explain banyak-banyak.

last sekali duit yang lebih-lebih tu boleh la aku shopping barang-barang dapur, untuk kegunaan harian, beli lampin anak, susu anak, makan pakai anak-anak. *yela, anak. ape ingat kalau dah kawin takde anak ke?*
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.



gilatipu nak mampus duit satu juta boleh tak habis pakai sampai zaman kau beranak pinak.kahkahkah

kalau la perkataan 'kalau' tu boleh jadikan angan-angan ni satu kenyataan. memang takde la orang nak study tinggi-tinggi, kerja susah-susah mula dari bawah ye dak? kita manusia ni dah dilahirkan untuk usaha sendiri kalau nak dapatkan ape benda je yang kita nak. nak 4flat, kena setadi. nak kerja, kena cari. nak duit, kena kerja. nak pompuan, kena la tackle. nak laki, kena la cari calon laki. kesimpulan, 'kalau' tu elok untuk angan-angan je lah. kan?

Sunday, June 26, 2011

gemilang

bila dah selalu sangat duk berfesyen-fesyen pakai shawl belit sini sana lah, bling-bling sini sana, aku dah boring. boring nak cantik-cantik berurusan dengan shawl. bukan apa, ramai sangat dah kot duk pakai shawl zaman sekarang ni. dah ada perasaan jemu melihat fenomena sedemikian.eheh..

tapi sekarang ni pun, masih la lagi pakai shawl cuma sangat jarang dan bila rasa mood baiiik punya, baru la rajin nak belit shawl. kalau tak, keluar rumah gi hantar budak-budak sekolah, gi kedai beli ayam, gi pasar beli ikan, keluar rumah sapu sampah, bakar daun-daun kering, *hah,senaraikan je semua kerja bajet rajin* sekarang sauk tudung awning tu aje lah. nampak sangat kemalasan dah mencapai ke paras luar biasa.

teringat pulak zaman sebelum shawl dan tudung awning tu datang kat malaysia ni. hari-hari pakai tudung bawal je lah. yang penat tu nak kena iron setiap kali nak pakai, dah tu nak matching pulak dengan baju yang nak pakai tu. kalu biru baju,biru lah tudung nye. hijau baju, hijau jugaklah tudung nye. top to toe warna nak sekata je. ah,tipu.aku bukan rajin sangat nak matching-matching nih. tapi penat-penat kena iron pun sanggup tu. rindu la pulak nak pakai balik tudung-tudung bawal yang tersimpan rapi dalam almari tu. tapi, rajin sangat ke nak iron selalu?ngahaha...





few moments of wearing tudung bawal. zaman sekolah, zaman matrik, zaman awal-awal masuk unikl. zaman kegemilangan tudung bawal.
*err...kalau ternampak barang terlarang tu bukan saya punya tau.

Saturday, June 18, 2011

wedding vs marriage

wedding vs marriage can be said as an argumentative issue between girls and boys. girls are said to be focus more on their wedding, but boys are more likely to stress on the life after the wedding: mariage. is that right?

yela kan, girls ni memang cerewet. majlis nak besar besar siap ngan kereta kuda keliling kolumpo, pastu nak fotoshut wedding kat puncak broga hill, majlis pulak grand grand kat hotel ala ala dalam taman gittew, lagi kat wedding ada ngan kek tinggi empat tingkat setengah potong ngan pedang panjang sedepa haa.. tu baru tang majlis kawin. belum lagi nak wat video pre wedding lah, baju designer, hantaran pulak berulang dulang. hantaran tu harus la jenama wei. salbato peragamo, lui butong, guci, pendi, bendi dan sebagainya. kesian kat si bakal suami kena sedia itu ini.

"ala daling, u sayang i kan?" yela, kawin kan skali je ye dak? habiskan je la duit bakal suami tu.


"yang lepas kawin kite kire same same tanggung la kan sayang kan?" ahh...sayang punya pasal stakat habis duit yang duk kumpul 7 tahun tu ape la sangat kan?

hamek kau! boleh buat stok kain kapan satu keturunan nih.

itu perangai mostly girls. tapi tak semua oke. diripit, TAK SEMUA! kalu tak semua betul betul dapat wedding gitu pun, berangan tu ade kan? jangan la malu malu segan nak ngaku plak wahai girls.

tapi dalam satu forum yang aku dengar kat radio tempoh hari *ceh* mengatakan bahawa kaum lelaki tak kisah sangat pasal wedding besar ke kecik, meriah ke tak, tapi the most important is the life after the wedding. the marriage. ye, perkahwinan itu sendiri. betulkah? benarkah?
ala serunuk la laki tu dapat satu point positive kan? cepuk kang mau?

kalau diperhatikan, mungkin ada betulnya tu. betul yang part wedding dorang tak over cam girls la, tapi kalu part the life after marriage, girls pun pikir jugak what? ape, ingat girls nak srunuk srunuk time bersanding, fotoshut, dan makan beradap saje?

girls ni dah awal awal lagi pikir sal alam perkahwinan lepas akad nikah tu, tahu? itu pasal la time wedding pun dorang nk bergalok, all out la kunun kunun sebab nanti dah kawin kena pikir nak masak apa bagi laki makan pagi, tengahari, petang malam, tengah malam. nak belajar buat laki hepi, lipat kain, basuh kain, sediakan baju suami nak gi kerja, pikir baju apa nak pakai nt nak tido *kehkeh* dan banyak lagi tahu dok? ingat senang ke nak jadi wanita berkerjaya sekaligus memikul tanggungjawab sebagai surirumahtangga yang berseri? aih, jadi girls ni memang otometik kite banyak bepikir ke hah?

tak salah nak berbelanja sakan untuk wedding tu. duit kamu, suka hati tangan kamu la nak cash-out kan duit dan bayar kos wedding tu. kamu yang kawin lagipun, kan? bagi yang mampu, ok lah. kalau tak mampu, atau kurang mampu? jangan sampai wat pinjaman nak kawin, lepas beranak pinak pun tak habis lagi bayar pinjaman tu. kan ke bala tu namanya? macamana nak betul betul hepi kalau hutang keliling pinggang? jadi bagi girls, tengok la kemampuan bakal suami kamu. jangan hantaran je nak riban riban sampai bakal suami tu botak nak menggagau duit. tapi kadang-kadang girls tak kisah, family girls ni pulak yang lebih-lebih. mak nak itu, mak nak macam tu, mak taknak ini, mak nak begini je.


"anak mak ada master tahu? mak nak demand la." ah, sudah. bawak lah bincang elok-elok dengan mak ye?

err...wedding cenggini oke tak mak? baru ada kelas...

ayoh mat penah cakap, masa anak sulung beliau nak kawin. "hantaran tu, biar ikhlas pihak laki nak bagi berapa. kita bukan nak jual anak. biar dia ikhlas bagi, tak membebankan pihak dia. dia happy, kita happy, happy sokmo. hihih." dan sebaik baik perkahwinan itu adalah yang paling murah maharnya. betul kan? *do correct me if i'm wrong.

dah habis bebel baru perasan entri ni macam kearah something serious rite? hahah... biasalah. tanda tanda kecil la ni kot.kih kih... sayang, jom kawin? nah cincin u satu, i satu.

Friday, June 17, 2011

pagi manja

selesai solat subuh, aku gi tempat tidur lilika, gerok dio bangun tido. nok suruh mandi lagi, nok gi skolah.

 "ika..oo ika. bangun cepat. gi mandi mandi, nok gi skoloh kei"

ika balik kok kiri. peluk bata lagi. tok bangun lagi jugok. aku gi dekat sikit. kis pipi dio kiri kane. *aksi manjo kakok nge adik*

"ika... bangun la cepat. lewat doh ni. smale tido awa dh kei. bangun bangun.."

derah laluh ika bukok mato, duk cokoh. pah dio kelih katku. 

"mulut kakcik busuk"

pahtu sambung peluk bata smula.

=__="

aiiii...kei ado jugok budok 6 tahun gi skoloh jale kaki pagi ni. bekok weh. sedak kecek budok nih. 
papp!napa singgoh punggung ika. "banguuuuun la budok tuoh!!!"

malas baso doh aku gerok ika. wi ko ummi plok la gerok nyo. teruk sangat ko bau mulut ak? aku sero ok jah...

Thursday, June 16, 2011

sapo kato?

hah. sapo kato ore chubby tembam tok comei? tokleh nk gojes gojes? tokleh nk pesyen pesyen?
eleh.. jeles lettew..
tapi kalu tok keno gayo, buruk jugok nengok ye dak?

but as a kind-of-chubby person (ehem ehem) i am very stunned when looking at those 'chubbies'.
comel kan?err...mereka la comel.
they are so confident facing with peoples out there, doing what they love, despite of their size.
see, size really doesn't matter.

ape ke hei kecek ore putih plok.pffttt...!

mari sini nk kosi sikit. sikiit jah la(hehehe). 
gamba gamba individu hk wat saya rasa nk jadi macam mereka!
maksud saya, berjaya dengan sangat sukses dalam apa yang mereka minat.
kalau saya, saya minat stalk orang. mungkin saya juga akan berjaya dengan sangat cemerlang dalam bidang tersebut.
tak mustahil bukan?
hehehehehe




adele. beliau ialah seorang penyanyi yang pemes loni nge lagu 'rolling in the deep'




 uih.....soro dio srunuk tau. kalu tok cayo bleh gi dengar sini.
sedak dih?

"i menang gremi award tau. ah, suke suke"



see??? isn't she is soooo gojes?
ahh... my heart melt... *dah gaya jantan ni knape*


ha ni sore lagi chubby comel gojes geram nk cubit cubit pipi!
ye ye...ni la anok TPM kito. najwa mahiadin.


Allah...tak kenal? yang pemes ngan lagu senyum tu hape.
suara bes kan? tapi tak tau la nape dia x komersialize(betoi ko saloh caro apo)kan nmo daddy dia sangat.


eh, saya suka la cantik cantik ni!



sebenanya ada lagi few people yang chubby dan bes untuk disenaraikan namun saya sudah malas mahu google kan imej imej mereka. taip pn asik nak typo kejap kejap backspace nampak sangat dah kena brenti skarang.
pada mata saya la, beberapa insan lain yg comel untuk dilihat ialah:

sean kingston(pemes ngan lagu beautiful girl)

afdlin shauki(sapo tok kenal dio ni bulih gi tuka kerakyatan congo)

dottie(babe ni serius comel yang blakon jadi putri jun jun atun lam drama ahmad albob yang punya)aish..yang ni xleh resist. saya kena cari jugak gambar.kejak ye.
ha nih...
comei kan?comei kan?hehehehee...
yang pakai baju pink tu comei. yang muka macam sudu tak siap tu bolehlah diabaikan.





Sunday, June 12, 2011

tok tahu nok letok tajuk godio

hari 11.06.2011 dale sejaroh. sejaroh la tu klate kaloh. so klate cuti peristiwo. peristiwo klate kaloh. maso kaloh ni la rama penonton pado penyokong. napok sangat banyok laley pado hok betul betul saye ko TRW. tok sapa sari, tok sapa duo je pun game habih, mace mace page kt facebook ore create nok saloh ko daudsu. meme la gol tu dio hk buat tapi niat dio nk slamat bola tu, tapi saloh g kona kot lain pulok. sapo hk wat page gitu, sapo hk saloh ko daudsu tu, meme gilo. ado hok kato rasuoh la, keno baya, game jual. gak kalu ngoti keno jual pn, mapuh gi puok dio la hk bulih doso. kalu saloh? kalu tok betul hk ore kato dio make rasuoh tu, jadi fitnoh doh. doso free free set mung bulih duk ngato ko player lagu tuh. benge molek mikir.

tapi tokleh nk saloh ko penyokong jugok. game slow male. player terlalu berhati hati. napok sangat saye nok sepak derah derah. sapa ko passing pun tok betol.1st haf game tu meme bosey ngelih. tok srupo game final. mujo ganu pn slow jugok. kalu ganu ambak awal awal game lagi? meme keno dulu lagi la TRW. tengok dale tibi pun, penyokong tok brapo nok sorok. bakpo eh? player pn napok down jah. lepah awe sumat gol sutir mulo mulo tu baru napok semangat sikit. tapi tu pn tok lamo. meta jah. lepah daudsu wat gol, koho parok napok. player down, letih, penyokong pn senyak, tok gegey doh. sedih kelih game male. tiko dk main maso tambahe pun, sero supo malah doh nok kelih. nk triok ado jugok braso lepah ganu sumat so gol lagi. haduu laa.... meta meta sero nok deme.

hok bengong sekali dale dunio ni rasonyo penyokong hok lepar bedil tu. oloh darat tok abih abih la. nok suruh royat lagu mano tok tahu la baru nok breti wat kijoe tok pekdoh gitu. po taik pranga! tok guru puah pese, tsam cekak royat doh. tapi hok palo gilo ni meme takdok akal bakali. tok saye ko klate sungguh kakah tu. malu klate, malu tok guru, malu tsam, malu TRW, malu kat ku jah! gilo.

hok gi stadium tu pun, smaye bey ko dok? tau doh, buke semo tinggal maye tu, ado hk buat, tapi brapo ketul jah hok buat suruhe Allah ni. hok musafir tu lain kiro la, mugo bulih jamok. tapi hk mari area lembah klang tu, jamok jugok ko? sebab tu bakali Allah nk tunjuk ko kito. kalu kito tok tinggal dio, dio pun tokke tinggal kito. Allah lebih tahu hok mano terbaik untuk TRW. sajo DIO nk test kito la ni. nok tengok staro mano kito kuat, blaja trimo hakikat kekalohe. buke kaloh, tapi tok mene.


rugi nyo sero tokleh gi stadium. telepah peluwe nok raso suasano final pialo FA. kaloh mene tu adat, tapi suasano gitu buke bulih raso sokmo. semangat tu lagi peting. lagi suko nok kelih merioh nyo bola kito. rindu nok raso suasano tu. rindu nok kelih puok ni sorok. rindu nk wat ombok so stedium. 

lepah abih game male tu, aku online la, derak derak dale page TRW. rama sangat tok puah hati. saloh ko daudsu, saloh ko ref, saloh ko penyokong gilo lepar bedil. nok suko pun ado kelih demo ni dk komen, up status sal bola. napok supo so klate kelih bola jah. set penyu hk nok provok pn rama jugok. aloh srabut la. maso ni la baru 'ambe bangge jadi rakyat ganung' 'penyu nelang. kijang terak. bangge weh rase set itang puteh'. meme la sakit hati, tapi nk balas pon tok pekdoh jugok. tokleh kato gapo jugok aku pn. kehkeh.. trimo jah la denge hati terbuko. acu pikir ko prasae player ratek gak. set dio staro mano usoho, main peluh pela, leloh nyak nyak ambat bola, reboh bleping pitah ore, jatuh tunggeng keno tekel. set dio koho parok kecewo kalu nok banding nga set kito penyokong ni. set mung, kalu nok mene sokmo, gi ungga main sediri la atah pade nu. wat la bia mene sokmo sokmo takdok aloh sikit habuk. anda mampu???


aku kelih bola male dale tibi jah, nge ayoh mat. maso nk habis 2nd haf tu, ayoh mat ado jugok sebut. 'bola ni buke bulih kiro. wat nyo ganu sumat gol sbutir lagi gak, parok la klate'. tok dei limo minit ayoh mat oyat gitu, daudsu buh gol sdiri doh! aiii...masin ngoti mulut ayoh mat. bulih jadi ahli nujum dh ni.haha.. tapi napok gayo kecek ayoh mat smale, supo duk alik ganu jh. ayoh mat ni keno baya ko? nombo ic tengoh 03 dih? haha...


kecek sikit: kaloh ko mene ko, cuti jugok klate dih?

Thursday, June 9, 2011

relationship

kadang kadang, kenal lama, bercinta lama pn
belum tentu dia jodoh kita

kadang kadang kenal lama, kawan je tak bercinta pun
kekal bahagia sampai akhir hayat
 
kadang kadang kenal dua tiga hari terus bercinta
kekal bahagia sampai akhir hayat

kadang kadang sifat berani mencuba lebih menguntungkan
when u feels like that is the right person for u, just go for it
say yes when asked 'would u marry me?'


(source gambar, google la opkos.heheh)

kecek sikit: braso romentik sikit male ni. tok kei la sebab male jumaat kot? kehkehkeh

Saturday, June 4, 2011

milove

its been a year and three days. and we gonna make it last forever.

Thursday, June 2, 2011

errk???

aku x kenal la kau sape.
yang aku tau kau fren aku kat laman sosial fesbuk saje.

tegur x pernah
wish besday x pernah
komen komen gambar xpernah
like status pn x pernah
dah tu kau tiba tiba mesej aku mintak no tipon nk wat stok geli geli kau?
and i'm just like
errrk


kenal jambatan pulau pinang tak?
baik kau pergi mati terjun laot.kawan dengan obor obor comel.
dan aku harap kau tak tahu berenang.

kau juga telah di remove kan dengan rasminya.
sekian terima kasih.



kecek sikit: bukan la wish beday tu penting sangat,tapi tegur pn dh cukup.kn?