Saturday, June 18, 2011

wedding vs marriage

wedding vs marriage can be said as an argumentative issue between girls and boys. girls are said to be focus more on their wedding, but boys are more likely to stress on the life after the wedding: mariage. is that right?

yela kan, girls ni memang cerewet. majlis nak besar besar siap ngan kereta kuda keliling kolumpo, pastu nak fotoshut wedding kat puncak broga hill, majlis pulak grand grand kat hotel ala ala dalam taman gittew, lagi kat wedding ada ngan kek tinggi empat tingkat setengah potong ngan pedang panjang sedepa haa.. tu baru tang majlis kawin. belum lagi nak wat video pre wedding lah, baju designer, hantaran pulak berulang dulang. hantaran tu harus la jenama wei. salbato peragamo, lui butong, guci, pendi, bendi dan sebagainya. kesian kat si bakal suami kena sedia itu ini.

"ala daling, u sayang i kan?" yela, kawin kan skali je ye dak? habiskan je la duit bakal suami tu.


"yang lepas kawin kite kire same same tanggung la kan sayang kan?" ahh...sayang punya pasal stakat habis duit yang duk kumpul 7 tahun tu ape la sangat kan?

hamek kau! boleh buat stok kain kapan satu keturunan nih.

itu perangai mostly girls. tapi tak semua oke. diripit, TAK SEMUA! kalu tak semua betul betul dapat wedding gitu pun, berangan tu ade kan? jangan la malu malu segan nak ngaku plak wahai girls.

tapi dalam satu forum yang aku dengar kat radio tempoh hari *ceh* mengatakan bahawa kaum lelaki tak kisah sangat pasal wedding besar ke kecik, meriah ke tak, tapi the most important is the life after the wedding. the marriage. ye, perkahwinan itu sendiri. betulkah? benarkah?
ala serunuk la laki tu dapat satu point positive kan? cepuk kang mau?

kalau diperhatikan, mungkin ada betulnya tu. betul yang part wedding dorang tak over cam girls la, tapi kalu part the life after marriage, girls pun pikir jugak what? ape, ingat girls nak srunuk srunuk time bersanding, fotoshut, dan makan beradap saje?

girls ni dah awal awal lagi pikir sal alam perkahwinan lepas akad nikah tu, tahu? itu pasal la time wedding pun dorang nk bergalok, all out la kunun kunun sebab nanti dah kawin kena pikir nak masak apa bagi laki makan pagi, tengahari, petang malam, tengah malam. nak belajar buat laki hepi, lipat kain, basuh kain, sediakan baju suami nak gi kerja, pikir baju apa nak pakai nt nak tido *kehkeh* dan banyak lagi tahu dok? ingat senang ke nak jadi wanita berkerjaya sekaligus memikul tanggungjawab sebagai surirumahtangga yang berseri? aih, jadi girls ni memang otometik kite banyak bepikir ke hah?

tak salah nak berbelanja sakan untuk wedding tu. duit kamu, suka hati tangan kamu la nak cash-out kan duit dan bayar kos wedding tu. kamu yang kawin lagipun, kan? bagi yang mampu, ok lah. kalau tak mampu, atau kurang mampu? jangan sampai wat pinjaman nak kawin, lepas beranak pinak pun tak habis lagi bayar pinjaman tu. kan ke bala tu namanya? macamana nak betul betul hepi kalau hutang keliling pinggang? jadi bagi girls, tengok la kemampuan bakal suami kamu. jangan hantaran je nak riban riban sampai bakal suami tu botak nak menggagau duit. tapi kadang-kadang girls tak kisah, family girls ni pulak yang lebih-lebih. mak nak itu, mak nak macam tu, mak taknak ini, mak nak begini je.


"anak mak ada master tahu? mak nak demand la." ah, sudah. bawak lah bincang elok-elok dengan mak ye?

err...wedding cenggini oke tak mak? baru ada kelas...

ayoh mat penah cakap, masa anak sulung beliau nak kawin. "hantaran tu, biar ikhlas pihak laki nak bagi berapa. kita bukan nak jual anak. biar dia ikhlas bagi, tak membebankan pihak dia. dia happy, kita happy, happy sokmo. hihih." dan sebaik baik perkahwinan itu adalah yang paling murah maharnya. betul kan? *do correct me if i'm wrong.

dah habis bebel baru perasan entri ni macam kearah something serious rite? hahah... biasalah. tanda tanda kecil la ni kot.kih kih... sayang, jom kawin? nah cincin u satu, i satu.

2 comments:

  1. payah sebenarnya nak jumpa makwe yang jenis bersederhana bab kahwin ni..

    ReplyDelete
  2. emm,itu le die...untong la kalo sape dapat yang bersederhana macam saye ni.ekekeh...

    ReplyDelete