Tuesday, June 28, 2011

perhubungan- haruslah berhubung

it came across my mind suddenly after reading an entry from my gorgeous and lovely law lecturer, madam Hanum about a relationship. komunikasi sangatlah penting lam hubungan. tak kiralah antara bf-gf, suami-isteri, kakak-adik, abang-adik, mak-anak, ayah-anak, receptionist-customer, hatta antara abangjualikanpasarborong-saya sekalipun. kalau tak ada komunikasi, macam mana hubungan nak mekar subur harum mewangi dan berseri-seri kan?

sekarang saya nak crita pasal komunikasi antara bf-gf. tipikal drama la kalau satu kapel tu gaduh sebab jarang contact. mesti kena contact 24-7. "awak makan, awak tidur, awak berak, awak online, awak main game, awak masak, awak mandi, awak tengok tibi smua wajib bagitau.kalau tak, kita putus!" adeh,sakit tak kalu dapat partner yang macam ni? fine, the 1st week of the relationship boleh la tahan lagi kot, sayang punya pasai. tapi kalu dah masuk tahun 2 kapel,tahan ke nak report smua kat awek?

tapi kan, berdasarkan pengalaman *cewah* saya, dah jumpa few types of person in relationship regarding how they want to communicate and make sure we contacting each other. yang mula-mula, nombor 1. dia jenis yang kena mesej je selalu. bangun tido kejut subuh *baik giloh* then nak gerak gi tempat belajar kene bagitau. dah sampai, report. belajar kat tempat sama, tapi sangat jarang jumpa. kalau selisih pun wat tatau je. tu pasal kitorang kapel tak ramai yang perasan. kalau jumpa pun, kejap je sebab saya selalu kirim nasi bungkus kat dia. kitorang dating pun sangat jarang, sebab family tak tahu saya kapel, maka kalau nak keluar kena create banyak sangat alasan takut kantoi. lebih kurang tiga bulan kapel, saya kena belajar jauh plak. masih lagi mesej macam biasa, walaupun dah busy sangat *setadi hard la kunun* . tapi tak tahu kat mana silap kan, almost enam bulan kapel jarak jauh gitu, dia dah ada awek lain plak. haa, tengok. sekerap mana contact pun tak tahan lama jugak. well, ada banyak la faktor penyebab dia ada awek lain tu, maybe taksuka hubungan jarak jauh. maybe dah boring. maybe dah memang dia nak break up awal awal lagi tapi taksampaihati nak bagitau. saya pun tak tanya banyak, dia mintak break, saya terus cakap yes. *tengah emothen menyesal cakap yes tapi takkan nak terhegeh hegeh mintak kapel balik.maluuu


nombor 2 quit unik la sebab saya kenal dia dah dua tahun tapi tak pernah jumpa. hubungan macam ni la sangat memerlukan komunikasi. sebab dia kerja kat kota singa, so memang rate nak mesej tu sangat la tinggi. kos weh, saya ni setadi lagi.*tapi gedik nak belaki* so atas ketidakmampuan tersebut maka jaranglah saya menelefon nombor 2. tapi untunglah dapat yang paham, dia selalu call saya. hihi. almost every night lepas kerja, dia akan call. setiap hari kitorang cerita apa yang kitorang buat hari tu, apa yang jadi, gosip, ngumpat, gelak, nangis. eheh. tapi yang ni pun tak tahan lama, sebab dia sangat nak tumpukan kat kerjaya. cita-cita tinggi sangat, tak sempat dah nak layan awek. so, saya let go je lah. sebenarnya tak ada masalah komunikasi la kat sini, kan?

nombor 3 pulak, lebih kurang sama macam nombor 1 sebab selalu mesej, call. walaupun jauh, tetap contact. kesimpulannya kredit tu tak pernah kosong untuk tempoh yang lama la. and yes, masih teguh bersatu dan utuh sampai sekarang. tanak cite banyak sal nombo3. nati dia malu.ekeke...

dah jadi tradisi bagi diri saya ni kot bercinta jarak jauh je. entah, dah terbiasa. kalau rindu-rindu tu, pandai-pandai la nangis pujuk diri sendiri. oke, selain komunikasi yang setiap hari macam ni, satu lagi jenis komunikasi yang sangatlah penting bila perhubungan tu dilanda problemas.

pompuan ni jenis insan yang selalu suka bertindak bertentangan dengan apa yang dia rasa bila dia tengah nak merajuk. *berdasarkan kajian terhadap testimoni iaitu diri sendiri* dan laki tu sepatutnye pandai-pandai la belajar untuk paham benda tu. ye dak? contoh nye

"syg,syg merajuk ke abg gi pasar lepas tu lepak kedai mak timah tak bagitau syg?"

*lepas 7-9 minit baru si syg reply*

"eh, mane ade. syg suke je abg beramah mesra dengan mak timah tu"

"haa, oke la kalau gitu. syg watpe ni? eh, anak mak timah tadi tu comel la. baru darjah satu dah pandai mesin kelapa dalam beberapa saat je. hebak betul."

-_-"


ummph...i majok!

takde sensitiviti langsung. haa gitu lah laki ye dak? tapi takde lah semua laki gitu kan? ade je yang betui-betui paham ngan si gadis dia. haish, sweet betul. rajin je pujuk sampai si gadis pulak tak sampai hati nak merajuk lama-lama. serunuk kan gitu? ehheee... 

err, yang adegan pujuk-memujuk ni ada kaitan dengan komunikasi tak? bongok, atas tu kan dah cakap tulis.

kbai.

kecek sikit: apa yang ingin ditekankan disini ialah, komunikasi sangat penting dalam setiap perhubungan. tak payah explain pun korang boleh pikir sendiri lah. kan?

1 comment: