Monday, June 27, 2011

KALAU

'kalau' tu perkataan paling aku gemar sebab dengan 'kalau' ni macam-macam boleh jadi, macam-macam boleh buat. anything is possible.heheh.

'kalau' yang nak dibawak sembang harini bertajuk "kalau aku ada rm1 juta". indah nyo lah braso kalu ado pitih staro tu. sebenarnya nak letak dolar amareka menggantikan rm tu, tapi nampak macam tamak sangat la pulak, ye kan? cukup la agak nye kalau letak ringgit malaysia pun.

kalau ada itu wang ka, lots of things listed to be done. ekeke...jom-jom senarai. meh tengok... benda-benda yang aku nak wat ni dah disenaraikan mengikut turutan, yang mana satu aku nak wat dulu. letcigo cekidaut.....

1. siapkan rumah umi ayah kat kampung tu
2. kahwin (wajib ni, wajib yang ni dulu
3. bawak umi, ayah, laki aku, mak laki aku, ayah laki aku naik haji.
4. beli rumah mampu milik (bangelo)
5. bayar pinjaman MARA
6. beli kereta mini cooper satu, VW newbeetle satu, vespa comel dua tiga bijik.
7. wat bisnes makan-makan.
8. yang ni, kira duit lebih-lebih la kan? wat beli lampin anak, susu anak, shoping, beli barang dapur, belanja kawan-kawan minum kopi.

kena explain satu-satu ke senarai tu? yang 1 malas nak explain. pandai-pandai la pikir sendiri. yang seken, kawin.haa yang ni aku kata wajib dulu sebelum yang lain-lain sebab yang lain-lain kat bawah dia semua aku nak wat bersama laki aku dengan bahagia nya. *romentik kan saya ni.kan awak kan?* lepas tu nak sangat pergi haji sengan femili. kalau boleh nak haji je terus, taknak umrah. lepas haji ni, baru la pegi umrah pulak,kan?hehe..

lepas tu, lepas tu nak beli rumah mampu milik untuk happy femili nanti. tak payah la besar sangat kn? setakat rumah yang ambik masa 2,3 hari nak cuci sawang tu pun, oke la.. lepas tu nak setel hutang yang duk pakai tiap tiap bulan daddy MARA kasi tu. ape ingat dia kasi free ka? kena bayar balik tahu? daddy MARA ni pun satu, 80ribu pun nak berkira kan? kira halal je pun takpela, aku tak kisah.muhaha...

yang senarai nombor 6 tu memeang impian angan-angan sejak dari aku baby lagi. *over.sape pecaya dia ngeng* sebab pada mata aku la, mini, vw newbeetle n vespa sangatlah comel. walopon aku tak tahu satu haram pun ilmu pasal vespa, tapi keinginan untuk memiliki tu sangatlah tinggi dan membiak membuak-buak.

 dapat yang macam ni pun aku bersyukur ahamdulillah dah


lepas tu wat bisnes makan-makan. yela, duit banyak kalu tak digunakan untuk plan masa hadapan tak cerdik jugak namenye kan? buat bisnes adalah salah satu cara yang bijak nak kasi duit beranak pinak ramai-ramai sekaligus menjamin masa hadapan yang lebih cemerlang. kenapa makan-makan? sebab aku suka makan. tu je jawapan paling simple aku boleh bagi. malas nak explain banyak-banyak.

last sekali duit yang lebih-lebih tu boleh la aku shopping barang-barang dapur, untuk kegunaan harian, beli lampin anak, susu anak, makan pakai anak-anak. *yela, anak. ape ingat kalau dah kawin takde anak ke?*
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.



gilatipu nak mampus duit satu juta boleh tak habis pakai sampai zaman kau beranak pinak.kahkahkah

kalau la perkataan 'kalau' tu boleh jadikan angan-angan ni satu kenyataan. memang takde la orang nak study tinggi-tinggi, kerja susah-susah mula dari bawah ye dak? kita manusia ni dah dilahirkan untuk usaha sendiri kalau nak dapatkan ape benda je yang kita nak. nak 4flat, kena setadi. nak kerja, kena cari. nak duit, kena kerja. nak pompuan, kena la tackle. nak laki, kena la cari calon laki. kesimpulan, 'kalau' tu elok untuk angan-angan je lah. kan?

2 comments:

  1. kalau saya,saya nak beli kapal terbang heheheh...

    ReplyDelete
  2. 1 juta x cukup nak beli kapal terbang madam..hehe

    ReplyDelete